DENTAL ADVENTURE KIDS PROGRAM 2016


Assalamualaikum/ Selamat sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, Pusat Pengurusan Penyelidikan Pergigian (DRMC) akan mengadakan program menjemput seramai sepuluh(10) orang pelajar dari Kelas Rakyat Projek Iqra’ PPR Seri Cempaka untuk menyertai Dental Adventure Kids Program ke Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

Di antara objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang berminat di dalam bidang pergigian sama ada di bahagian klinikal atau penyelidkan. Selain dari itu, program ini dianjurkan untuk mendedahkan kepada pelajar berkaitan dengan makmal penyelidikan dan eksperimen sains.

Program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 29 November 2016

Masa: 8.45 pagi – 3.00 petang

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan berbentuk wang tunai dan kit penjagaan gigi. Pihak DRMC memerlukan dana sebanyak RM 500 untuk merealisasikan program ini. 

Sumbangan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Nursyafiqah Abd Malek di  sambungan 6454/ syafiqahmalek@um.edu.my

For more details, visit our website : https://drmc.um.edu.my/2016/11/21/adv-kids2016/

Sekian, terima kasih

 

Yang benar

 

Nursyafiqah

Pegawai Projek

DRMC

   Home       Go to Event List


Last Update: November 21, 2016

Connect With Us :